harini aku tak da idea nak karang panjang-panjang, cumanya nak share sikit apa aku rasa.. haha
So, kita sekarangkan tengah PKP4.. jadinya, semua pelajar dari kebanyakan Universiti akan membuat Online learning lah.. So, berbeza pulak dengan aku.. haha aku pelajar Software Eng. dkt UPSI, course aku ni ISM (bukan cikgu), maybe macam terabai sikit lah kut (ramai orang cakap mcm tu)...hahaha (gurau) aku tak terlalu banyak Kerja Assignment yang diberikan masa cuti ni, sama jugak dengan kelas. Kami just ada buat meeting je, itu pun kejap-kejap je dengan member-member.
Disebabkan oleh itu, sepanjang cuti, aku seakan lost! Tak tahu apa aku belajar ni! tak mampu nak disiplinkan diri untuk belajar sendiri. Huhuhu, tadi paling aku rasa yang aku ni memang ZERO laa... sebab tadi kami ada buat online meeting, untuk siapkan satu assignment Calculus. Chapter senang je, pasal Limit.. tapi aku tak reti jawab.. srsly hahaha sepanjang meeting aku macam blur ja apa member aku duk merapu ni haihhh... Bila dalam situasi mcm tu, aku tengok kawan semua boleh buat, lagi lah tak boleh nak fokus, dalam hati menahan rasa perit tak belajar...
Jadi, aku harap dengan meluahkan sedikit rasa dumb dalam diri aku ni.. aku bisa tenang, dan bermain game semula... HAHAHAHA tak ade lah... kalau aku tenang baru lah aku boleh cuba mula untuk memahami topik itu balik.
ermm, and kalau ada lah orang yang baca Post ni.. tolong doakan aku ya, walau kita tak pernah bersua muka.. Mudah-mudahan segala kebaikan ituu berbalik pada anda yang membaca jugak.
"Semoga Muhammad Jamil Husni berjaya didunia dan diakhirat, Amin".
Terima kasih!



Tiada ulasan:
Catat Ulasan