Pages







Padam Tulis Blog

MENINGKAT DEWASA?

 


Hai dan As salammualaikum semua!

Dewasa? Definisi dewasa bagi aku bukanlah umur, tetapi seberapa jauh perjalanan hidup yang telah kau lalui. Bukan kejayaan yang aku maksudkan, tetapi common destination yang hampir setiap orang lalui. Faham tak maksud aku? contoh: bermula dari pra -> tadika -> sekolah > sekolah menengah -> mungkin masuk universiti -> mungkin bekerja -> mungkin perlu berkawin pula.. itulah fasa-fasa kehidupan atau destinasi kehidupan kita. Dan akhir sekali, destinasi terakhir adalah kematian.

Common destination kehidupan yang aku nak cerita adalah ketika fasa pekerjaan. Bagaimana cara layanan orang dan gaya pemikiran kau sebagai seorang yang sudah bekerja. Dan cerita aku ni teraplikasi kepada semua, tak semestinya kau perlu kerja hebat atau kerja gaji yang lumayan untuk mendengar cerita aku.

Bila kau dah bekerja, tak kisah kerja apa pun, kau tak boleh berpikiran bebas seperti kau masih kanak-kanak. Ya, dulu kau boleh cakap, nanti dah besar nak kerja gaji RM5k, nak gaji RM10k, nak kerja dekat singapore, dan etc. Tapi sekarang, plan dan arah destinasi yang kau nak tuju (career plan) hanya perlu disimpan. Sebab apa? kau dah kena start pandang sekeliling. Tak semua orang berpeluang mendapat kerja, even pada kau, kerja kau tu biasa je kau tak bangga pun dengan pekerjaan kau. Tapi, ada rule yang ko kena ingat dan apply pada diri. Jangan sesekali cerita gaji, jangan terlampau suka cerita environment menarik dekat tempat kerja kau. Boleh tu boleh, tapi pandang sekeliling. Jangan sedap sangat bercerita, tak fikir perasaan orang sekeliling. Ada orang boleh terima, ada orang memendam rasa. Langkah terselamat adalah merahsiakan segalanya. Itu yang pertama.

Yang kedua, kadang kau stress dengan kerja? betul? tak kisah kerja apa pun, semua ada pressure tetapi dengan gaya dan persekitaran masing-masing. Jadi, kau boleh meluah, tapi, kena tengok situasi dan kepada siapa kau nak meluah. Jangan pulak kau meluah dekat orang yang masih dalam fasa mencari pekerjaan. Kau memang akan release sebab ada yang sudi mendengar, tetapi, kau fikir tak perasaan dia yang mendengar? Dia pulak memendam keinginan apa yang kau telah dapat (kerja). Ingat! bukan semua orang berpikiran sama, ada yang menganggap luahan kita tu adalah satu keluhan dan tanda ketidaksyukuran kita. Walhal, Allah dah beri segalanya dan peluang untuk kau. 

Yang ketiga, sekiranya kau betul-betul stress dengan kerja, jangan tunjukkan ekspressi wajah kau yang 'hodoh'/buruk/garang pada khalayak ramai atau keluarga. Boleh jadi, kau dianggap sombong kerana pada saat itu perwatakkan kau akan berubah dan gaya pergaulan kau. Sebab apa 'berubah'? sebab, kau tak mampu distribute layanan kau terhadap semua orang dan terhadap 'beban kerja' yang tertanggung diatas kau. Orang lain tak tahu, kau je tahu. Jadi, atleast, kau perlu usaha kawal ekspressi wajah serta perlu lebihkan senyuman, dan kalau perlu cukup sekadar beritahu "penat kerja" kepada mereka, supaya mereka tidak berfikir terlalu jauh sehingga jatuh fitnah.

Akhir sekali, sekiranya kau telah capai dipuncak yang kau kecapi selama ni, kau jangan terlalu bangga sehingga mempamerkan segala hal apa yang kau ada. Misalnya, kau dapat kerja gaji besar, kau dah boleh beli kereta, beli rumah dan sebagainya. Sebab kau kena sedar, nikmat/kehidupan yang kau kecapi sekarang adalah pemberian dari yang 'Esa'. Bila-bila masa 'Dia' boleh tarik dan bila-bila masa 'Dia' boleh uji. Kalau kau seperti aku yang berasal daripada keluarga biasa, kau kena tanam dalam hati, aku takut nak tunjuk kereta/rumah baru aku dekat orang. Sebab apa? orang macam aku, nak beli cash memang tak mampu, hanya boleh loan untuk membeli sesuatu yang pada diri aku adalah mahal. Bukan apa, perjalanan kau jauh tahu? nak sampaikan sehingga habis loan tu, dan macam-macam boleh berlaku. Jika yang Esa itu berkehendak, maka dengan sekelip mata, kau tidak punya apa-apa.

Oh ya, sebelum aku mengakhiri kata, rule-rule diatas, mungkin tidak teraplikasi dekat seorang insan iaitu ibu, ibu dia nak sangat tengok anak dia berjaya dia nak dengar apa perkembangan kau. Jadi, pada aku selagimana bukan kesusahan/keperitan yang merisaukan dia, kau bebas cerita apa je kat ibu. Tapi jangan lupa ingatkan, "mak, apa yang adik ada sekarang mungkin tidak kekal, jadi cerita ni mak simpan kita berdua sahaja ye, doakan adik untuk masa hadapan agar ada sinar dan berjaya dunia akhirat".

Akhir kata, beringatlah sahabat~ :)

Ini adalah sedikit nasihat untuk diri aku sendiri, supaya aku lebih peka dengan keadaan sekeliling dan sedar siapa diri aku.

Mil

Silakan hadir diruangan komen, juga sudi-sudikanlah melihat post yang lain. Kalau rajin lebih sikit, share lah blog ni. hehe Lihat barang jualan yang kami iklankan - SHOP!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan